Tuesday, August 4, 2009

Iban Indonesia




Mr/Miss Gawai Iban Kalimantan, Indonesia

Iban Saribas, Sarawak
Iban Mualang, Kalimantan - Indonesia
(Mungkin kah mereka ni juga "The Head Hunter" seperti Iban si Sarawak)

Agak lama juga untuk aku menjejaki masyarakat Iban yang berada di Indonesia, setelah puas mencari akhirnya aku ketemui sesuatu yang aku memang cari-cari selama ini, iaitu Iban dari Kalimantan Indonesia.

Iban di Kalimantan ini dipanggil Iban Mualang, mungkin kah Iban Mualang ini adalah pecahan dari nenek moyang yang aku cari selama ni, belum berjaya sepenuhnya research yang aku buat, tapi penemuan ini sudah cukup buat aku teruja.

Tak ada bezanya Iban Mualang ini dengan Iban di Sarawak (Keturunan aku lah ni hehe) Cuma pakaian tradisional mereka agak berbeza tapi asas pengunanan PUA KUMBU tetap sama bagi yang perempuan dan bercawat bagi lelaki adalah sama dengan Iban Sarawak.

Lagi pun adat kepercayaan mereka ni sama saja dengan Iban Sarawak, iaitu percaya kepada Aki Lang Sengalang Burong, the Iban GOD OF WAR dan merayakan perayaan Gawai seperti yang masyarakat Iban di Sarawak sambut dan rayakan setiap tahun. Ini menguatkan kebarangkalian mereka ini adalah berkemungkinan pecahan ASAL masyarakat Iban yang ada di Sarawak sekarang. Bercakapan mereka hampir sama cuma dielek Iban mereka berbunyi macam slang Indonesia, begitu juga dan ejaan lebih kepada Bahasa Iban yang di eja mengikut slang Indonesia.