Tuesday, July 21, 2009

Anak Iban Uchu Unja.


Anak Iban Uchu Unja @ Igat Sigat



Antu Pala @ by: Girik

Sesuatu yang agak pelik bagi diri saya, bila dikenang zaman kecil di mana tempat permainan saya adalah di bawah tempat tergantungnya “antu pala” (Tengkora Manusia). Situasi begini saya alami bila saya balik ke kampung rumah panjang datuk sebelah emak saya, pada kebiasanya saya agak jarang balik ke kampung rumah panjang datuk sebelah emak saya. kerana kebiasanya saya balik ke kampung rumah panjang datuk sebelah ayah saya.

Sekali sekala balik ke rumah panjang datuk sebelah mak, terutamanya musin cuti sekolah. Pasti begitu teruja kerana keseronokan di rumah panjang lain dengan di bandar. Saya ni bolehlah di kategorikan sebagai budak kampung (maklumlah asal pun rumah panjang kan hehe) semua hutan belukar main redah je, pergi sungai memancing, berenang, memanjat pokok semua saya buat, sampai kan tak ingat nak balik.

Tapi part yang paling best bila berkumpul di ruai (ruang legar / kiranya beranda rumah panjanglah) ini kerana di sini lah termpat tergantungnya “antu pala”. Pada mula tertanya2 mengapa tengkora ini tergantung disini, lagi pun bukan dua tiga ada banyak. Dek kerana perasaan ingin tahu, saya bertanyakan kepada Mendiang datuk saya ( Unja Anak Girik).

Mengikut datuk saya, tengkorak ini membawa maksud yang begitu bermakna, dimana saya perlu mengikuti Mengapa, Bagaimana dan Apakah Tujuan (Motif di sebalik tergantungnya “Antu Pala” ini. (:- bersambung) ini kerana lebih elok kalau kita ketahui asal usul keturunan Iban terlebih dahulu.

Kaum Iban selalunya pada zaman dahulu di kaitkan dengan Head Hunter. Gelaran ini pada ketika itu amat digeruni, sampaikan bila saya pertama kali memjejakkan kaki di salah sebuah IPTA (pasti bukan di Sarawak lol) untuk melanjutkan pelajaran, soalan pertama yang di tanya pada sesi suai kenal adalah berkaitan dengan keturunan saya, Kaum Iban, yang terkenal dengan Pemburuan Kepala Manusia pada zaman dahulu. (Kaum Iban juga diketahui sebagai “satu-satunya kaum di dunia yang memburu Kepala (tengkorak) manusia). Sudah di takdirkan saya generasi ke-9 keturunan (Girik+Jelembai) The Head Hunter. Bunyi nya agak mengerunkan, tetapi ni adalah kisah yang berlaku pada zaman dahulu, ianya berkisar bagaimana salahsilah, asal usul keturunan masyarakat Iban yang berkisah sekitar 300 tahun terdahulu. Bukan untuk menabik dada menceritakan asal keturunan, tetapi minat untuk mempelajari/mengetahui dan perkongsian sesuatu yang tak secara umum perlu di ketahui, tetapi bagi diri saya ianya sesuatu yang perlu disifatkan sebagai "khazanah" untuk saya dan generasi akan datang, ini kerana keturunan (Girik+Jelembai) sudah sampai ke generasi yang ke-10 buat masa sekarang.

Monday, July 20, 2009

Pengertian "KELING"


Pengertian yang berbeza mengenai maksud perkataan "Keling" bagi masyarakat Iban di Sarawak dengan pengertian maksud "Keling" di Semanjung masih belum jelas dan ramai lagi yang masih tidak tahu maksud "KELING" bagi masyarakat Iban.

Bagi masyarakat Iban di Sarawak perkataan "keling" sudah tentunya mempunyai maksud yang tersendiri. "Keling" ialah nama seorang pahlawan dan menurut legenda masyarakat Iban beliau tinggal di rumah panjang Panggau Libau Lendat Dibiau Takang Isang dan isteri beliau bernama ‘Kumang’ adalah dari rumah panjang Gelong Batu Nakong Nyingit Nyingong Nyimbang Nyerabang.

Dalam bukunya yang bertajuk Keling of the Raised World (terbitan Fajar Bakti, 1991), Jimmy Donald menyatakan bahawa Keling mempunyai personaliti idaman setiap lelaki dalam masyarakat Iban. Beliau adalah seorang yang gagah, berani, dan juga mempunyai wajah yang cantik (Keling was so wise, brave, strong, fearless and handsome ). Selain dari itu beliau juga dipercayai mempunyai kuasa ghaib (tau ajih) seperti boleh menghilangkan diri daripada penglihatan musuh serta mampu bertukar wajah serta memegang watak yang berbeza.

Sikap Keling yang utama ialah berani. Seseorang pahlawan Iban yang dikatakan mendapat `pertolongan’ daripada beliau sudah tentunya sukar untuk ditewaskan oleh musuh mereka. Menurut masyarakat Iban seseorang yang berjaya berjumpa dengan Keling atau Kumang dalam mimpi mereka sudah pasti akan menjadikan seseorang itu berani dan menjadi pahlawan (Raja Berani).

Dalam bukunya, Tiga Belas Bengkah Mimpi (Tiga Belas Jenis Mimpi) (terbitan Borneo Literature Bureau, 1966), Benedict Sandin menceritakan bagaimana beberapa pahlawan Iban seperti Dana bensumbar Bayang , Orang Kaya Pemanca Nanang dan Unggang Lebor Menua, menjadi pahlawan dan amat digeruni kerana dipercayai mendapat `bantuan’ daripada Keling dan Kumang.

Cerita kepahlawan dan keberanian Keling juga berbagai dan sentiasa diceritakan (ensera) kepada anak-anak kecil orang Iban yang tinggal di rumah panjang. Misalnya orang-orang tua akan bercerita tentang kehebatan Keling dan bagaimana beliau menjadi seorang pahlawan yang sukar untuk ditewaskan oleh musuh.


Source : Neilson Ilan Mersat, Canberra. MalaysiaKini

Sesuatu Yang Perlu Dirungkai


Kehidupan adalah perjalanan hayat hidup seorang insan yang bernama Manusia, ianya begitu indah untuk diterokai. Setiap ciptaan Tuhan pasti ada istimewanya yang tersendiri. Mungkin ini satu perkongsian erti sebuah kehidupan seorang insan bernama Unchu Unja Igat Sigat. Dilahirkan 26 tahun yang lepas UUIS berketurunan Iban Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Coretan blog ini adalah sebahagian daripada pengalaman UUIS meniti erti kehidupan sebenar sebagai insan biasa. Begitu meminati Adat, Asal Usul dan Salasilah keturusan Iban, UUIS mengabadikan perkongsian minatnya dengan blog MyOwnLife. Berpegang teguh pada prinsip "Simple&Brave" UUIS adalah generasi ke-9 dari keturunan (Girik+Jelembai) Ketuanan "Antu Pala" Anak Umbung.